NOTIS PERINGATAN MENJELASKAN TUNGGAKAN YURAN

Posted on March 2nd, 2017

Pelajar yang masih mempunyai tunggakan yuran tidak akan diberi pelepasan menduduki peperiksaan. Hanya pelajar yang telah menjelaskan hutang sahaja akan diberi pelepasan menduduki peperiksaan.

Pelepasan hanya diberi kepada pelajar yang mendapat tajaan tetapi masih belum menerima bayaran tajaan daripada penaja.  Pelepasan tidak akan  diberi kepada pelajar yang telah menerima bayaran tajaan tetapi masih mempunyai tunggakan yuran.

Kaedah bayaran :

  1. Pembayaran secara tunai di mana-mana cawangan CIMB dengan menggunakan Slip Bank Khas yang dicetak oleh pihak UTMSPACE atau bayaran tunai di kaunter Bahagian Kewangan UTMSPACE.
  2. Pembayaran secara Atas Talian (Online), dibuat secara pindahan akaun atau kad kredit melalui laman web UTMSPACE (www.ppd.utmspace.edu.my/SMPfee)
  3. Pembayaran secara kad kredit boleh dilakukan dikaunter UTMSPACE Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, pelajar dinasihati untuk sentiasa menyemak status tunggakan yuran pengajian di dalam penyata kewangan melalui laman web https://pupw.utmspace.edu.my/dipacc/ , bagi mengelakkan kesulitan yang mungkin timbul kelak.

Harap maklum

Terima Kasih.