MINGGU MESRA MAHASISWA (3M) SESI 2017/2018 PROGRAM DIPLOMA UTM (PUPW) UNIVERSITI MALAYSIA KUALA LUMPUR PADA 31 MEI HINGGA 3 JUN 2017

Posted on June 15th, 2017

Pada 31 mei 2017 iaitu pada hari rabu telah berlangsungnya hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru kolaj siswa jaya. Sebanyak 6 kauntar dibuka iaitu kaunter seranta atau semakan, kaunter bendahari UTMSPACE, kaunter kolej siswa jaya, kaunter pejabat HEMA, kaunter pusat kesihatan universiti dan kaunter kad matrik. Kemudian sesi perjumpaan dan taklimat ibu bapa oleh pengarah pembangunan mahasiswa , fakulti dan pengetua kolej siswa jaya . Kemudian pada sesi petang pula, terdapat pendaftaran untuk sesi petang di blok A dan B, Kolej Siswa Jaya. Pada jam 5.30 petang Majlis Ramah Mesra Dan Iftar Bersama Pengarah Pembangunan Mahasiswa Dan Pengetua Kolej Siswa Jaya yang berlangsung di gelanggang bola keranjang, Kolej Siswa Jaya, manakala pada sesi malam pula berlangsung solat terawih di surau Kolej Siswa Jaya.

 

Pada hari ke-2 iaitu pada 1 jun 2017, telah berlangsung taklimat ptptn/biasiswa di Dewan Azman Hashim, kemudian selesai taklimat berlangsung pula Majlis Ramah Mesra & Bacaan Ikrar bersama Timbalan Naib Canselor(HEMA). Selepas berlangsungnya majlis, satu Taklimat Akta Universiti & Kolej Universiti diberikan untuk pengetahuan pelajar itu sendiri. Selepas itu berlangsung lagi Taklimat Unit Pengurusan Makmal University Dan Taklimat Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Berhenti solat zohor, kemudian sambung kembali dengan Taklimat Bahagian Keselamatan, Taklimat Perpustakaan Sultanah Zanariah, Taklimat Pejabat Harta Bina, Taklimat Pusat Kesihatan University Dan Majlis Ramah Mesra & Iftar Bersama Pengurusan Tertinggi Utm. Selesai majlis tersebut, solat terawih dan diakhiri dengan minum malam pada jam 11.00 malam.

Pada hari ke-3 minggu mesra mahasiswa iaitu pada 2 jun 2017, sesi pagi perjumpaan bersama dekan & ketua jabatan ppd utmspace, selesai perjumpaan bersama dekan, berlangsungnya pula pendaftaran kursus, kemudian lawatan sekitar kampus oleh pelajar senior. Berhenti solat jumaat bagi pelajar muslim lelaki, manakala bagi pelajar perempuan dan pelajar bukan islam, pendaftaran kursus diteruskan sehingga selesai.  Selesai pendaftaran kursus, satu majlis ramah mesra & iftar bersama pro-naib canselor, solat terawih dan berakhir dengan minum malam.

Pada hari terakhir minggu mesra mahasiswa, iaitu pada 3 jun 2017, dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari berlangsung majlis dialog TN50.