Majlis Penyampaian Sijil Kepujian Dekan bagi Sesi 2016/2017.

Majlis Penyampaian Sijil Kepujian Dekan bagi Sesi 2016/2017.

Pusa tPengajian Diploma (PPD) SPACE telah menganjurkan satu Majlis Sijil Kepujian Dekan Bagi Sesi 2016/2017 pada 21 Julai 2017 (Jumaat). Seramai 103 orang mahasiswa telah diraikan dan menerima Sijil Kepujian Dekan yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Fua’ad bin Haji Rahmat selaku Dekan SPACE di PPD SPACE.

Objektif majlis ini diadakan adalah sebagai satu usaha meraikan mahasiswa yang cemerlang dan sekaligus dapat meningkatkan semangat mahasiswa Diploma UTM untuk mencapai kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian mereka.

Pihak PPD SPACE mengucapkan ribuan TAHNIAH kepada penerima Sijil Kepujian Dekan bagi Sesi 2016/2017 ini. Semoga dapat memberi semangat kepada mahasiswa untuk meningkatkan pretasi akademik mereka.