HARI JABATAN GEOMATIK DAN ALAM BINA 2018 JABATAN GEOMATIK DAN ALAM BINA SEMESTER 2 SESI 2017/2018

Program: Hari Jabatan Geomatik dan Alam Bina 2018
Tempat: Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur
Tarikh: 26 Mac 2018
Tahun Pengajian: 1 dan 2

Objektif:

  1. Memberi peluang kepada pelajar JGAB untuk mempamerkan hasil kerja mereka kepada masyarakat luar sekaligus memupuk rasa bangga dalam diri mereka terhadap hasil kerja sendiri
  2. Memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar JGAB untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan masyarakat luar (give back to community) mengenai program masing-masing
  3. Memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar JGAB untuk bekerjasama antara satu sama lain di samping mengeratkan lagi tali silaturrahim antara mereka di luar bilik kuliah

Hari Jabatan Geomatik dan Alam Bina telah diadakan dengan jayanya pada 26 Mac 2018 bertempat di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Zulkifli Bin Mohd Yunus. Seramai 99 orang pelajar JGAB telah menyertai program ini dan seramai 85 orang pengunjung telah hadir ke program ini. Pengunjung yang hadir ke program ini terdiri daripada pelajar sekolah, orang awam dan juga firma serta syarikat yang telah memberikan sumbangan kepada program ini. Program ini telah berlangsung bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Program ini telah mendapat penajaan daripada orang perseorangan, firma, syarikat dan UTMSPACE. Jumlah penajaan yang berjaya diperolehi adalah sebanyak RM3875.50 Pihak jabatan amat berbesar hati dengan penajaan dan sokongan yang telah diberikan oleh pihak-pihak yang teah memberikan penajaan dalam bentuk wang dan barangan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan semua warga jabatan yang terlibat telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menjayakan program ini. Program yang melibatkan pensyarah dan pelajar JGAB ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *