Author: Nurul Nazihah Ahmad

Bengkel Semakan dan Pemurniaan laporan Penilaian Kendiri, Program Diploma Kejuruteraan, UTM

Bengkel Semakan dan Pemurniaan Laporan Penilaian Kendiri Program Diploma Kejuruteraan, UTM untuk permohonan pengiktirafan daripada ETAC telah diadakan pada 21 Januari 2020 di Bilik Mesyuarat Lembaga, UTMSPACE Kuala Lumpur.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kualiti dan Risiko. Penglibatan bengkel ini terdiri daripada 2 orang fasilitator – Prof. Dr. Yahaya bin Md. Sam dan Prof. Madya. Ir. Dr. Rubita binti Sudirman, Pengerusi Prof. Ts. Dr. Othman Bin Che Puan, Timbalan Pengerusi Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus dan Prof. Madya Mazlan Bin Mohamad Abdul Hamid, Pengurus Besar Kualiti Dr. Mohamad Kamal Bin Mohamad Dasuki, Pengurus Besar PPD Puan Nik Maria binti Nik Mahamood, Ketua Jabatan, Ketua Program dan Pensyarah Dr. Sahnius Binti Usman Ts. Othman Bin Jais, Ts. Raja Putri Melissa Binti Raja Mustaffa, Ts. Rosdiana Binti Rahiman, En. Mohd Danial Anuar Bin Sulaiman, Pn. Umi Salmah Binti Mihad, Pn. Zaimah Binti Daud, Dr. Nurul Alifah Binti Jatarona, Ts. Marizan Binti Yaacob, Pn. Noor Izaety Binti Azhar. Tujuan bengkel ini diadakan untuk Pemurnian laporan Self Assessment Report (SAR).

LAWATAN TAPAK DAN AKADEMIK BAGI KURSUS DDWR 3158 (SENIREKA 3) BAGI PELAJAR DIPLOMA SENIBINA UTM KUALA LUMPUR KE JOHOR BAHRU DAN BANGI

Lawatan tapak dan akademik DDWR3158 yang telah dilangsungkan selama 3 hari 2 malam dari 8 sehingga 10 Disember 2019 ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus DDWR3158 secara amnya dan kursus-kursus tahun 3 yang lain. Objektif lawatan adalah untuk mendedahkan pelajar terhadap keadaan tapak sebenar, membuat kajian serta melawat bangunan-bangunan sedia ada bagi membantu pelajar memahami dan membuat latihan projek akhir studio semester ini.

LAWATAN TAPAK DAN AKADEMIK BAGI KURSUS DDWR 1126 (ASAS SENIREKA 2) BAGI PELAJAR DIPLOMA SENIBINA KAMPUS UTM JOHOR BAHRU, KE DESA ECO RESORT PARIT KEROMA

Lawatan ini dijalankan pada 09 Januari 2020 (Khamis) di kawasan Desa Eco Resort Parit Keroma, seramai 33 orang pelajar menyertai lawatan ini manakala 2 orang pensyarah pengiring. Lawatan ini banyak memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana senibina tradisi dan membantu pelajar menunjukkan cara bagaimana menghasilkan ukiran pada kayu.

LAWATAN TAPAK DDWR 2148 (SENIREKA II) BAGI PELAJAR DIPLOMA SENIBINA KAMPUS UTM JOHOR BAHRU

Lawatan ini dijalankan pada 23 Disember 2019 (Isnin) di kawasan Pusat Bnadar Johor Bahru, 26 orang pelajar menyertai lawatan ini manakala 2 orang pensyarah pengiring. Lawatan ini adalah penting bagi pelajar dan merupakan antara aktiviti asas dalam kerja dan pendekatan rekabentuk senibina dimana segala informasi dan analisis yang dihasilkan daripada kajian ini akan digunakan dalam cadangan konsep dan perkembangan idea senibina bagi projek akhir.

KAJIAN LAPANGAN STUDIO 2: LAYOUT 1 (HOUSING) BAGI PROGRAM DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

Kajian lapangan ini dijalankan di Kota Warisan, Dengkil, Selangor selama 1 hari pada 12 Disember 2019 (Khamis) bagi memenuhi keperluan pembelajaran kursus DDWN 1055 Studio 2: Layout 1 (Housing). Kajian lapangan ini telah disertai oleh 2 orang pensyarah pengiring dan 21 orang pelajar. Pelajar telah diberi pendedahan kepada pelajar tahun 1 DDWN untuk melakukan kajian lapangan bagi mengumpulkan data primer.

PROGRAM CERAPAN ASTRONOMI DAN DISKUSI GERHANA MATAHARI

Pada 26 Disember 2019 , Program Cerapan Gerhana dan Diskusi Gerhana 2019 telah dianjurkan oleh Kelab Kejuruteraan Geomatik UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Islam UTM Kuala Lumpur dan Jabatan Geomatik dan Alam Bina , Pusat Pengajian Diploma SPACE UTM Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mengaplikasi ilmu astronomi lapangan pelajar diploma ukur tanah dalam penentuan arah kiblat dan juga merasai pengalaman cerapan gerhana matahari. Selain itu, memberi pelajar pengetahuan melalui program diskusi dalam menghadapi fenomena gerhana matahari.

KAJIAN LAPANGAN DI PUSAT BANDAR KUANTAN, PAHANG BAGI PELAJAR DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

Kajian lapangan dijalankan di Pusat Bandar Kuantan selama 3 hari 2 malam bermula 7 hingga 9 Disember 2019 bagi memenuhi keperluan pembelajaran kursus DDWN 3075 Studio 5: Urban Area Improvement Study. Kajian lapangan ini telah disertai oleh 2 orang pensyarah dan 26 orang pelajar. Sepanjang 3 hari 2 malam di Pusat Bandar Kuantan, para pelajar telah menjalankan kajian lapangan dan survei serta soal selidik bersama penduduk Kuantan yang berkunjung ke kawasan kajian