Category: news

PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN FASA 2 SEMESTER II 2018/2019

MAKLUMAN

KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA UTM

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA

PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN FASA 2 SEMESTER II 2018/2019 TELAH DIBUKA

  • DIBUKA BAGI PELAJAR DIPLOMA UTM
  • PERMOHONAN HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA ONLINE MELALUI PORTAL RASMI PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/gateway/).
  • TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMOHON PTPTN SECARA ONLINE:
    • MEMPUNYAI AKAUN SSPN-i
    • MEMPUNYAI NOMBOR AKAUN INDIVIDU BANK ISLAM.
    • MEMBELI NO. PTPTN DI BSN SAMA ADA MELALUI KAUNTER BANK ATAU ATM.
  • TARIKH PERMOHONAN BAGI FASA 2
    • KELOMPOK 1 : 1 – 31 OKTOBER 2018
    • KELOMPOK 2 : 1 – 30 NOVEMBER 2018

SEBARANG PERTANYAAN SILA KE PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR (HEP) UTM KUALA LUMPUR ATAU BOLEH HUBUNGI 03-26154813

 

Minggu Mesra Mahasiswa (3M) Sesi 2018/2019 Program Diploma UTM 20 – 23 Jun 2018

Sekitar Minggu Mesra Mahasiswa (3M) Sesi 2018/2019 Program Diploma UTM 20-23 Jun 2018 bertempat di Kolej Siswa Jaya UTM  dan Kampus UTM Kuala Lumpur.

20 Jun 2018

  • Pendaftaran Pelajar
  • Majlis Ramah Mesra Bersama Pengarah Pembangunan Pelajar & Pengetua Kolej Siswa Jaya

   

21 Jun 2018

  • Perjumpaan Bersama Pengurusan Tertinggi UTMSPACE
  • Pendaftaran Kursus
  • Majlis Perasmian 3M & Bacaan Ikrar

23 Jun 2018

  • Road Tour
  • Malam Kebudayaan

Bengkel Pemurnian Rubrik Borang Penilaian Industrial Training System (ITS)

Bengkel Pemurnian Rubrik Borang Penilaian Industrial Training System (ITS) diadakan pada 6.8.2018 (Rabu) di Makmal Multimedia/Autocad, UTM Kuala Lumpur. Bengkel ini bertujuan untuk memberi penerangan penggunaan ITS kepada penyelaras dan pembantu tadbir Bahagian Pengurusan Akademik dan juga persediaan bagi pelajar Diploma yang akan menjalani Latihan Industri pada Semester 1 Sesi 2018/2019.

HARI JABATAN GEOMATIK DAN ALAM BINA 2018 JABATAN GEOMATIK DAN ALAM BINA SEMESTER 2 SESI 2017/2018

Program: Hari Jabatan Geomatik dan Alam Bina 2018
Tempat: Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur
Tarikh: 26 Mac 2018
Tahun Pengajian: 1 dan 2

Objektif:

  1. Memberi peluang kepada pelajar JGAB untuk mempamerkan hasil kerja mereka kepada masyarakat luar sekaligus memupuk rasa bangga dalam diri mereka terhadap hasil kerja sendiri
  2. Memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar JGAB untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan masyarakat luar (give back to community) mengenai program masing-masing
  3. Memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar JGAB untuk bekerjasama antara satu sama lain di samping mengeratkan lagi tali silaturrahim antara mereka di luar bilik kuliah

Hari Jabatan Geomatik dan Alam Bina telah diadakan dengan jayanya pada 26 Mac 2018 bertempat di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Zulkifli Bin Mohd Yunus. Seramai 99 orang pelajar JGAB telah menyertai program ini dan seramai 85 orang pengunjung telah hadir ke program ini. Pengunjung yang hadir ke program ini terdiri daripada pelajar sekolah, orang awam dan juga firma serta syarikat yang telah memberikan sumbangan kepada program ini. Program ini telah berlangsung bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Program ini telah mendapat penajaan daripada orang perseorangan, firma, syarikat dan UTMSPACE. Jumlah penajaan yang berjaya diperolehi adalah sebanyak RM3875.50 Pihak jabatan amat berbesar hati dengan penajaan dan sokongan yang telah diberikan oleh pihak-pihak yang teah memberikan penajaan dalam bentuk wang dan barangan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan semua warga jabatan yang terlibat telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menjayakan program ini. Program yang melibatkan pensyarah dan pelajar JGAB ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.