Month: April 2020

PANEL PENILAI HASIL KERJA PROJEK DDWE 2143 BAGI PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN

Program ini berlangsung pada 12 Mac 2020 (Khamis), pelajar tahun 2 bagi kursus DDWE 2143 program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) yang terlibat dalam program ini. Jabatan Kejuruteraan telah menjemput panel penilai iaitu Ir. Faridon Bin Talib dari Technip Geopruduction (M) Sdn. Bhd. dan Ir. Hassanal Ihzal Bin Kasim dari Technip Consultant (M) Sdn. Bhd bagi menyemak hasil kerja pelajar, memberi maklum balas dan memberi markah bagi tujuan penilaian kerja-kerja pelajar.

KAJI SELIDIK BAGI TABUNG KHAS BANTUAN CONVIT 19 UTMSPACE BAGI PELAJAR SPACE

Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP) SPACE sedang membuat kaji selidik bagi tujuan untuk menyalurkan bantuan Tabung Khas bagi pelajar yang menghadapai kesulitan semasa Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP). Sehubungan dengan itu mohon pelajar membuat kaji selidik yang akan dibuka bermula dari 22 April sehingga 24 April 2020.

Bersama-sama ini disertakan link Google Form untuk kaji selidik https://forms.gle/26k4h5KsnZvVnUVm8

EXPERT TALK PENYEDIAAN DAN CONTOH LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) TERBAIK BAGI PROGRAM DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH (DDWN)

  • Program ini telah dijalankan pada 18 Februari 2020, bertempat di Studio Alam Bina, UTM Kuala Lumpur.
  • Taklimat disampaikan oleh TPr Ismail Muhamad, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
  • Beliau berkongsikan pengalaman untuk menyedia dan menyemak laporan yang disediakan oleh pihak konsultan. Perkongsian ini sangat berguna kepada pelajar terutama bagi tahun 2 yang mana mereka perlu menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan dalam projek studio semester ini.
  • Di akhir perkongsian ini, beliau berkongsi tentang pengalaman dan hala tuju terkini penambahbaikan LCP

SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2019

  • Program ini disambut setiap tahun oleh PlanMalaysia sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia. Pada tahun ini sambutan peringkat kebangsaan dibuat di Shah Alam.
  • UTMKL telah dijemput untuk membuat pameran dan penyertaan dalam sambutan ini sebagai rakan strategik daripada Institut Pengajian Tinggi. Pameran ini juga disertai daripada universiti lain seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • Seramai 30 pelajar daripada tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 telah terlibat secara langsung dalam sambutan kali ini. Para pelajar banyak melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang diatur seperti fun walk 5km, urban sketch, urban picnic, explorace, expert talk, demo pengendalian dron dan pameran booth.