Pek Pelajar Unifi Mobile Tanpa Had

Pek Pelajar Unifi Mobile Tanpa Had

Kepada pelajar yang dihormati,

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung ketika ini, TM telah memperkenalkan Pek Pelajar Unifi Mobile iaitu satu pakej khusus untuk pelajar di institusi pendidikan tinggi.  Pakej ini  bertujuan memudahkan e-pembelajaran bagi pelajar universiti dalam usaha memastikan mereka tetap terhubung sambil meneruskan pembelajaran dalam talian.

Melalui pakej ini, pihak TM menawarkan penyelesaian mudah alih tanpa had yang meliputidata, panggilan, dan SMS tanpa had. . Pakej Pelajar Unifi Mobile ini ditawarkan dengan harga hanya RM59.00 sebulan (tidak termasuk SST 6%).

Tawaran ini tersedia dari 23 April 2020 hingga 30 Jun 2020.

Berikut merupakan ciri-ciri pakej tersebut :

·       Data, Panggilan, SMS tanpa had

·       Pas Hotspot LTE 999GB PERCUMA

·       RM59.00 / bulan

·       TIADA Kontrak

·       Penghantaran kad SIM PERCUMA

·       Tawaran eksklusif dalam talian (melanggan unifi.com.my/studentpack)

·       Langganan memerlukan e-mel pelajar yang sah (contoh namaanda@graduate.utm.mynamaanda@live.utm.my)

* Tertakluk kepada terma dan syarat

Layari  unifi.com.my/studentpack  untuk maklumat lanjut atau melanggan.
Harap maklum.

Digital Care, 

Bahagian Perkhidmatan Digital (UTMDigital),

Universiti Teknologi Malaysia.

HUBUNGI KAMI  Emell : digitalcare@utm.my  | No Telefon : 07-5532136 (JB) / 03-26154440 (KL)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.