Month: February 2021

PROGRAM EXTRA TALK ‘TEKNIK KEMAHIRAN BELAJAR DI UNIVERSITI’ BAGI PROGRAM DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

Program Extra Talk ‘Teknik Kemahiran Belajar di Universiti’ untuk pelajar Tahun 1 Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah telah diadakan pada 10 Februari 2021 secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 11 orang pelajar tahun 1 terlibat dengan program ini. Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Intan Afida binti Mohamad Amin, Pensyarah Kanan bagi program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah, UTM KL. Program ini diadakan bagi membantu para pelajar untuk mengetahui teknik yang betul dalam membantu pembelajaran mereka di universiti. Penceramah telah berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan masa, cara untuk fokus semasa belajar dan membuat tugasan atau projek; cara mengambil atau menulis nota kuliah; cara berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sebaya; cara bekerja dalam kumpulan dan cara untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

PROGRAM EXTRA TALK CRIT ‘MENUKAR SESUATU YANG MENAKUTKAN KEPADA SESUATU YANG MENYERONOKKAN’ BAGI PROGRAM DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

  • Program Extra Talk CRIT ‘Menukar sesuatu yang menakutkan kepada sesuatu yang menyeronokkan’ untuk semua pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah telah diadakan pada 16 Disember dan 18 Disember 2020 secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 60 orang pelajar terlibat dengan program ini. Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Intan Afida binti Mohamad Amin, Pensyarah Kanan bagi program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah, UTM KL. Program ini diadakan bagi membantu para pelajar untuk mengetahui definisi sesi kritik, faedah yang akan diperolehi daripada sesi kritik dan juga tips bagaimana untuk berdepan dengan sesi kritik dalam kursus studio pada setiap semester.

PEMERIKSA LUAR BAGI PROGRAM DIPLOMA UKUR BAHAN, JABATAN GEOMATIK DAN ALAM BINA

Program ini berlangsung pada 24 Disember 2020 (Khamis), Program ini dijalankan bagi menyemak kurikulum dan fail kursus program oleh panel pemeriksa luar yang di jemput. Jabatan Geomatik dan Alam Bina telah menjemput panel Pemeriksa Luar iaitu Sr Dr Siti Suhana Judi dari Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur(FSPU), UITM dan Sr Salasiah binti Muhammad dari Pro Kos Consult Sdn Bhd. Panel ini diminta untuk membuat semakan dan memberi maklum balas tentang kurikulum dan fail kursus yang disediakan bagi membuat penambahbaikan terhadap program tersebut.