Mar 1, 2021 Nurul Nazihah Ahmad Uncategorised Lawatan Akademik Dan Penandarasan Diploma Senibina, Politeknik Port Dickson Ke Pusat Pengajian Diploma Space, Utm Kuala Lumpur Program ini berlangsung pada 28 September 2020 (Isnin). Lawatan daripada Wakil Diploma Senibina, Politeknik Port Dickson ini bertujuan untuk mendapatkan tanda aras untuk proses akreditasi. Program ini didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengerusi Akademik SPACE, dan seterusnya taklimat pelaksanaan kurikulum dan pengekalan kualiti daripada Ketua Jabatan Geomatik dan Alam Bina serta Ketua Program Diploma Senibina. Program disusuli dengan lawatan ke bilik fail serta fasiliti seperti studio dan galeri.