Category: Uncategorised

Jom Melanjutkan Sarjana Muda di UTM

Program Jom Melanjutkan Sarjana Muda di UTM akan diadakan pada 23hb September 2020. Program ini dilaksanakan bagi tujuan memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar tahun akhir untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda di UTM. Seramai empat orang penceramah telah dijemput bagi member pengkongsian maklumat program-program Sarjana Muda di UTM. Pencermah tersebut terdiri daripada Pn. Intan Shahnaz binti Zulkifli (SRAD UTM), En, Adrian Syah  bin Halifi (UTM-IDP), En. Mohd Kamal bin Yusoff (BBA & BGS) dan En.Muhammad Syafik bin Rahmat (MJIIT). En. Ashraf bin Zainak Mokhtar daripada Bahagian Pendidikan Tranasional turut berkongsi info.

PEMERIKSA LUAR BAGI PROGRAM SAINS KOMPUTER DAN PERKHIDMATAN

Program ini berlangsung pada 25 Ogos 2020 (Khamis), Program ini dijalankan bagi menyemak kurikulum dan fail kursus program oleh panel pemeriksa luar yang di jemput. Jabatan Sains Komputer dan Perkhidmatan telah menjemput panel Pemeriksa Luar iaitu Dr. Hafizah Binti Abas dari Fakulti Teknologi dan Informatik Razak UTM, Dr. Rasimah Binti Che Mohd Yusoff Fakulti Teknologi dan Informatik Razak UTM dan Puan Kartina Binti Hamzah dari bahagian IT POS Malaysia. panel ini diminta untuk membuat semakan dan memberi maklum balas tentang kurikulum dan fail kursus yang disediakan bagi membuat penambahbaikan terhadap program tersebut.

Panel menyemak kurikulum dan fail kursus program JSK
Ketua Jabatan menyampaikan sedikit taklimat berkaitan program
minit diambil

Sesi Pengkayaan Ilmu: Transformasi Minda

Sesi Pengkayaan Ilmu: Transformasi Minda telah diadakan pada 22hb September 2020, Selasa. Dr. Ruzimi bin Mohamed@Mahmood telah dijemput untuk berkongsi pengalaman sebagai pelajar UTM bermula daripada Diploma sehingga ke PhD. Penyampaian yang diberi oleh penceramah sangat bermanfaat dan dapat member semangat kepada pelajar untuk lebih berusaha untuk menamatkan pembelajaran di Diploma UTM. Penyertaan sesi ini terbuka kepada staf dan juga pelajar Diploma, Pusat Pengajian Diploma, SPACE. 

PEMERIKSA LUAR BAGI PROGRAM PENGURUSAN HARTA TANAH

Program berlangsung pada 23 Julai 2020 (Khamis), Program ini dijalankan bagi menyemak kurikulum oleh esternal examinal terhadap program Harta Tanah DDWF. Objektif pemeriksa luar bagi tujuan memenuhi sebahagian syarat pengakreditasian program Diploma Pengurusan Harta Tanah. Jabatan Pengurusan telah menjemput penal pemeriksa luar iaitu Sr. Haji Sharuzaman Bin Mohd Salleh dari Jabatan Pengurusan Harta Tanah dan Pelaburan UITM dan Sr. Nik Nazariah binti Nik Jaafar dari nilai harta consultant Sdn Bhd bagi menjadi panel pemeriksa luar terhadap kurikulum program.

Pek Pelajar Unifi Mobile Tanpa Had

Kepada pelajar yang dihormati,

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung ketika ini, TM telah memperkenalkan Pek Pelajar Unifi Mobile iaitu satu pakej khusus untuk pelajar di institusi pendidikan tinggi.  Pakej ini  bertujuan memudahkan e-pembelajaran bagi pelajar universiti dalam usaha memastikan mereka tetap terhubung sambil meneruskan pembelajaran dalam talian.

Melalui pakej ini, pihak TM menawarkan penyelesaian mudah alih tanpa had yang meliputidata, panggilan, dan SMS tanpa had. . Pakej Pelajar Unifi Mobile ini ditawarkan dengan harga hanya RM59.00 sebulan (tidak termasuk SST 6%).

Tawaran ini tersedia dari 23 April 2020 hingga 30 Jun 2020.

Berikut merupakan ciri-ciri pakej tersebut :

·       Data, Panggilan, SMS tanpa had

·       Pas Hotspot LTE 999GB PERCUMA

·       RM59.00 / bulan

·       TIADA Kontrak

·       Penghantaran kad SIM PERCUMA

·       Tawaran eksklusif dalam talian (melanggan unifi.com.my/studentpack)

·       Langganan memerlukan e-mel pelajar yang sah (contoh namaanda@graduate.utm.mynamaanda@live.utm.my)

* Tertakluk kepada terma dan syarat

Layari  unifi.com.my/studentpack  untuk maklumat lanjut atau melanggan.
Harap maklum.

Digital Care, 

Bahagian Perkhidmatan Digital (UTMDigital),

Universiti Teknologi Malaysia.

HUBUNGI KAMI  Emell : digitalcare@utm.my  | No Telefon : 07-5532136 (JB) / 03-26154440 (KL)

PANEL PENILAI HASIL KERJA PROJEK DDWE 2143 BAGI PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN

Program ini berlangsung pada 12 Mac 2020 (Khamis), pelajar tahun 2 bagi kursus DDWE 2143 program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) yang terlibat dalam program ini. Jabatan Kejuruteraan telah menjemput panel penilai iaitu Ir. Faridon Bin Talib dari Technip Geopruduction (M) Sdn. Bhd. dan Ir. Hassanal Ihzal Bin Kasim dari Technip Consultant (M) Sdn. Bhd bagi menyemak hasil kerja pelajar, memberi maklum balas dan memberi markah bagi tujuan penilaian kerja-kerja pelajar.

KAJI SELIDIK BAGI TABUNG KHAS BANTUAN CONVIT 19 UTMSPACE BAGI PELAJAR SPACE

Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP) SPACE sedang membuat kaji selidik bagi tujuan untuk menyalurkan bantuan Tabung Khas bagi pelajar yang menghadapai kesulitan semasa Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP). Sehubungan dengan itu mohon pelajar membuat kaji selidik yang akan dibuka bermula dari 22 April sehingga 24 April 2020.

Bersama-sama ini disertakan link Google Form untuk kaji selidik https://forms.gle/26k4h5KsnZvVnUVm8