Category: Uncategorised

Program Clinic Tutor

Nama Program : Clinic Tutor

Tempat : Bilik Kuliah 1, Blok C, Kediaman Siswa Jaya, UTMKL

Tarikh : 8 Februari 2014

Anjuran : Mahasiswa Tahun 2 DDPC dan DDPZ dengan Kerjasama Persatuan Sains Komputer (COMSTAR), UTMKL

Pengenalan

Clinic Tutor adalah satu program dijalankan bertujuan untuk membantu mahasiswa dan mahasiswi tahun 1 yang mempunyai kefahaman yang lemah dalam Kursus Organisai Komputer & Bahasa Himpunan.

Bagi mencapai objektif program ini, mahasiswa tahun 2 akan dipilih berdasarkan prestasi akademik yang cemerlang sebagai tutor. Beberapa aktiviti pengisisan akan dijalankan seperti pembelajaran nanti akan melibatkan mentor mentee dimana pelajar akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan lebih kecil dan akan dicoach oleh tutor. Pada akhir program, pelajar ini akan diberi latihan menguji tahap kefahaman mereka.

Diharapkan dengan terlaksananya program ini, mahasiswa junior dan senior dapat bekerjasama dalam proses penyampaian ilmu, dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kefahaman dalam kursus ini dan seterusnya dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar tahun  1.

Pengisian Program

Aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti berikut:

  • Pembahagian mahasiswa dan mahasiswi tahun 1 kepada kumpulan yang lebih kecil dan akan diwakili seorang mahasiswa atau mahasiswi tahun 2 sebagai mentor.
  • Program Mentor Mentee dijalankan, mentor akan mula memberi penerangan.
  • Demo penulisan coding akan ditunjukkan.
  • Setiap mentor akan memberi latihan atau quiz diakhir program bagi menguji tahap kefahaman menti mereka.

Tentatif Program

8 Februari 2014, SABTU

1.00 petang : Berkumpul di Bilik Kuliah 1
1.30 petang : Pembahagian Kumpulan mengikut bilangan mentor yang hadir
1.45 petang : Pembelajaran dimulakan oleh mentor
Demo Penulisan Coding Assembly Language
5.00 petang : Latihan atau Kuiz dibuat bagi mengetahui tahap penerimaan ilmu oleh mahasiswa yang hadir
5.30 petang : Bersurai