Program Clinic Tutor

Nama Program : Clinic Tutor

Tempat : Bilik Kuliah 1, Blok C, Kediaman Siswa Jaya, UTMKL

Tarikh : 8 Februari 2014

Anjuran : Mahasiswa Tahun 2 DDPC dan DDPZ dengan Kerjasama Persatuan Sains Komputer (COMSTAR), UTMKL

Pengenalan

Clinic Tutor adalah satu program dijalankan bertujuan untuk membantu mahasiswa dan mahasiswi tahun 1 yang mempunyai kefahaman yang lemah dalam Kursus Organisai Komputer & Bahasa Himpunan.

Bagi mencapai objektif program ini, mahasiswa tahun 2 akan dipilih berdasarkan prestasi akademik yang cemerlang sebagai tutor. Beberapa aktiviti pengisisan akan dijalankan seperti pembelajaran nanti akan melibatkan mentor mentee dimana pelajar akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan lebih kecil dan akan dicoach oleh tutor. Pada akhir program, pelajar ini akan diberi latihan menguji tahap kefahaman mereka.

Diharapkan dengan terlaksananya program ini, mahasiswa junior dan senior dapat bekerjasama dalam proses penyampaian ilmu, dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kefahaman dalam kursus ini dan seterusnya dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar tahun  1.

Pengisian Program

Aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti berikut:

  • Pembahagian mahasiswa dan mahasiswi tahun 1 kepada kumpulan yang lebih kecil dan akan diwakili seorang mahasiswa atau mahasiswi tahun 2 sebagai mentor.
  • Program Mentor Mentee dijalankan, mentor akan mula memberi penerangan.
  • Demo penulisan coding akan ditunjukkan.
  • Setiap mentor akan memberi latihan atau quiz diakhir program bagi menguji tahap kefahaman menti mereka.

Tentatif Program

8 Februari 2014, SABTU

1.00 petang : Berkumpul di Bilik Kuliah 1
1.30 petang : Pembahagian Kumpulan mengikut bilangan mentor yang hadir
1.45 petang : Pembelajaran dimulakan oleh mentor
Demo Penulisan Coding Assembly Language
5.00 petang : Latihan atau Kuiz dibuat bagi mengetahui tahap penerimaan ilmu oleh mahasiswa yang hadir
5.30 petang : Bersurai

Faculty Dinner Pusat Pengajian Diploma (PPD) SPACE, UTM KL

Adalah di maklumkan¬† bahawa pihak pengurusan Pusat Pengajian Diploma (PPD) SPACE UTMKL akan mengadakan ‘Faculty Dinner’ bagi meraikan mahasiswa tahun akhir Diploma yang akan taman pengajian mereka pada semester ini. ‘Faculty Dinner’ ini akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 19 Februari 2014 (Rabu)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Restoran Nelayan, Gombak, Kuala Lumpur

Tema : Smart Casual

Berbagai acara akan diakan dan saudara/i adalah di jemput hadir dengan Borang Penyertaan ialah RM10.00. Sila lengkapkan borang penyertaan dengan bayaran dan kembalikan kepada Pejabat Bahagian Pengurusan Akademik (kaunter pelajar) sebagai pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 16 Januari 2014.

Muatturun Borang Penyertaan Faculty Dinner

DRAF KEDUA – JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 – 2013/2014

Dilampirkan Deraf Kedua Peperiksaan Akhir Semester 1- 2013/2014 untuk rujukan . Sekiranya terdapat sebarang perubahan / pindaan, mohon dimaklumkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik PPD selewat2nya pada 12 Sept ( Khamis ).

Memandangkan 15 Okt. ialah tarikh Hari Raya Aidiladha, maka peperiksaan yang telah dijadualkan pada 16 Okt. ( deraf pertama ) telah disusun semula kepada tarikh lain.

Sekian, Terima kasih.

DERAF KEDUA – JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 – 2013/2014

PERUBAHAN JADUAL