EXPERT TALK PENYEDIAAN DAN CONTOH LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) TERBAIK BAGI PROGRAM DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH (DDWN)

  • Program ini telah dijalankan pada 18 Februari 2020, bertempat di Studio Alam Bina, UTM Kuala Lumpur.
  • Taklimat disampaikan oleh TPr Ismail Muhamad, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
  • Beliau berkongsikan pengalaman untuk menyedia dan menyemak laporan yang disediakan oleh pihak konsultan. Perkongsian ini sangat berguna kepada pelajar terutama bagi tahun 2 yang mana mereka perlu menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan dalam projek studio semester ini.
  • Di akhir perkongsian ini, beliau berkongsi tentang pengalaman dan hala tuju terkini penambahbaikan LCP

SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2019

  • Program ini disambut setiap tahun oleh PlanMalaysia sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia. Pada tahun ini sambutan peringkat kebangsaan dibuat di Shah Alam.
  • UTMKL telah dijemput untuk membuat pameran dan penyertaan dalam sambutan ini sebagai rakan strategik daripada Institut Pengajian Tinggi. Pameran ini juga disertai daripada universiti lain seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • Seramai 30 pelajar daripada tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 telah terlibat secara langsung dalam sambutan kali ini. Para pelajar banyak melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang diatur seperti fun walk 5km, urban sketch, urban picnic, explorace, expert talk, demo pengendalian dron dan pameran booth.

PROGRAM CERAPAN HILAL REJAB DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC) BAGI PROGRAM DIPLOMA UKUR TANAH, UTM KUALA LUMPUR

Program ini dijalankan pada 25 Februari 2020. Program Cerapan Hilal Rejab telah dianjurkan oleh Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Wilayah Persekutuan. Seramai 37 orang pelajar dan 3 orang pensyarah diploma Ukur Tanah, Jabatan Geomatik dan Alam Bina, Pusat Pengajian Diploma UTMSPACE Kuala Lumpur telah menyertai program ini.

LAWATAN AKADEMIK KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) BAGI PROGRAM DIPLOMA UKUR TANAH, UTM KUALA LUMPUR

Lawatan akademik telah dijalankan pada 31 Januari 2020. Lawatan ini telah dihadiri oleh semua pelajar tahun 2 DDWL bersama tiga orang pensyarah pengiring. Objektif lawatan ini dijalankan adalah sebagai pendedahan kepada mahasiswa mengenai skop kerja yang berlainan yang terdapat di dalam program Ukur Tanah selain bertujuan untuk mengetahui bidang tugas PHN, proses penghasilan carta nautika dan kerja pengukuran kedalaman laut negara. Dimana, kerja-kerja pemetaan untuk dasar laut juga amat penting kepada pembangunan dan terutama sekali adalah keselamatan pelayar di kawasan perairan negara. Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui kepelagaian peralatan dan perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan carta nautika, dimana ianya akan digunakan sebagai panduan pelayaran apabila memasuki kawasan perairan negara.

TAKLIMAT: PROSPEK SELEPAS DIPLOMA UKUR BAHAN, UTM KUALA LUMPUR

Taklimat ringkas telah diadakan pada 5 Mac 2020 (Khamis) untuk semua pelajar Diploma Ukur Bahan yang berminat untuk mengetahui peluang atau prospek selepas tamat pengajian peringkat diploma di UTM Kuala Lumpur yang disampaikan oleh Puan Siti Nurhuda binti Abd Wahid, Ketua Program Ukur Bahan. Taklimat ini adalah bagi membantu pelajar terutamanya yang berada di semester akhir dalam membuat keputusan selepas tamat pengajian. Seramai 50 orang pelajar hadir pada sesi tersebut yang mana sebahagian besarnya adalah pelajar Tahun 3DDWQ semester akhir dan juga 3 orang pensyarah.

LAWATAN AKADEMIK KE CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN (CKUB) BAGI KURSUS ‘PROFESSIONAL PRACTICE 1’ (DDWQ1522 ) PROGRAM DIPLOMA UKUR BAHAN, UTM KUALA LUMPUR

Program ini di jalankan pada 19 Februari 2020 , program ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus bagi memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar Diploma Ukur Bahan Tahun Satu (1),UTM Kuala Lumpur, terhadap kerjaya ukur bahan di Jabatan Kerja Raya (JKR) serta peranan Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada industri pembinaan. Seramai 67 daripada seksyen 11,12 dan 83 menghadiri program ini.

MAKLUMAN PINDAAN TEMPOH PEPERIKSAAN DAN PERLAKSANAAN PEPERIKSAAN SECARA TAKE HOME EXAM SEM II SESI 2019/2020

Merujuk kepada perkembangan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hebahan rasmi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pekeliling Pentadbiran Bil 15/2020 bertarikh 17 Mac 2020, peperiksaan akhir program Diploma telah dijadualkan semula dari tarikh 18 Mac 2020 hingga 30 Mac 2020 kepada 6 April 2020 sehingga 16 April 2020. Sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan, UTM akan melaksanakan peperiksaan secara Take Home Exam (THE) yang telah diluluskan oleh Senat UTM pada 25 mac 2020. Maklumat berkaitanTake Home Exam yang telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi (Akademik) untuk rujukan dan panduan semua staf dan pelajar adalah seperti berikut:

  1. Standard Operating Procedure (SOP) THE
  2. Lampiran 1: Jadual Peperiksaan Secara THE
  3. Lampiran 2: Panduan dan Arahan THE

Sehubungan itu, pemakluman yang diperolehi dari pihak luar tanpa cop pengesahan daripada TP(A) adalah tidak sah. 

Sekiranya ada pertanyaan boleh menghubungi Pensyarah seksyen masing – masing atau emailkan ke diploma@utmspace.edu.my

Kerjasama semua didahului dengan ucapan Terima Kasih. Semuga semua urusan peperiksaan ini berjalan lancar.

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU PROFESIONAL BERSAMA DENGAN LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA (BQSM) BAGI KURSUS ‘PROFESSIONAL PRACTICE 1’ (DDWQ1522 ) PROGRAM DIPLOMA UKUR BAHAN

Program ini diadakan pada 08 Januari 2020, program ini juga dijalankan bagi memenuhi keperluan kursus bagi memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar Diploma Ukur Bahan Tahun Satu (1), terhadap kerjaya ukur bahan dan peranan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM) di dalam industri pembinaan. Pihak program telah menjemput wakil daripada Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM) iaitu Sr. Fadhilah binti Mohamad Camaludin bagi memberi taklimat kepada pelajar bertempat di Bilik Ilmuan 2 UTMKL. Seramai 67 daripada seksyen 11,12 dan 83 menghadiri program ini.