PROGRAM KALIBRASI ALAT UTILITI GROUND PENETRATING RADAR (GPR) BAGI PROGRAM DIPLOMA UKUR TANAH

Program ini telah disertai seramai 21 orang beserta 3 orang pensyarah. Program ini dijalankan pada 27 Februari 2020 (Khamis) di Tapak Ujian Kalibrasi JUPEM, Kuala Lumpur. Tujuan program ini dijalankan memberi pendedahan kepada pelajar prosedur melakukan kerja kalibrasi yang sebenar seperti yang dijalankan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Juruukur Tanah Berlesen untuk melihat ketepatan dan kejituan pada alat Ground Penetrating Radar (GPR).

SEMINAR PENGIKTIRAFAN AKREDITASI PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN UTM, LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA (ETAC)

Pada 27 Februari 2020, Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Risiko (BPKR) dan Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah menganjurkan Seminar Pengiktirafan Akreditasi Program Diploma Kejuruteraan, Lembaga Jurutera Malaysia (ETAC). Seminar ini telah dihadiri oleh semua staf akademik Jabatan Kejuruteraan. Tujuan seminar ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan keperluan program di bawah jabatan kejuruteraan selari dengan keperluan ETAC.

AUDIT PENGURUSAN PROGRAM AKADEMIK TAHUN 2020 BAGI PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA, 24 – 26 FEBRUARI 2020

Pada 24-26 Februari 2020 telah berlangsungnya Audit Pengurusan Akademik Tahun 2020 bagi Pusat Pengajian Diploma yang telah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Kualiti dan Risiko iaitu Dr. Mohamad Kamal bin Mohamad Dasuki (Ketua Panel), En. Mohamad Zaini bin Azizan (Panel), Cik Norizan bt Abu Bakar dan En. Anwar bin Ibrahim (Urusetia Audit). Sepanjang sesi audit yang telah dijalankan semakan dokumen dan fail kursus telah dijalankan. Selain itu, sepanjang audit, mendapat kerjasama daripada keseluruhan jabatan dan unit di PPD.

LAWATAN KE LHDN BAGI PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (PERAKAUNAN)

Kumpulan lawatan akademik pelajar 2DDWW tiba di LHDN Wangsa Maju pada jam 9.20 pagi yang bertarikh 29 Januari 2020. Program bermula dengan sesi pengenalan ringkas pensyarah bersama pengurusan tertinggi LHDN Wangsa Maju di bilik Pengarah – Tn. Mohd Termizi Embong. Program Sahabat Hasil bersama pelajar DDWW bermula pada jam 9.40 pagi berdasarkan aturcara seperti berikut:-  

  • Ucapan Aluan dari YBrs. Tuan Pengarah LHDN Cawangan Wangsa Maju
  • Sesi Gambar Berkumpulan dan Minum Pagi
  • Penyampaian Cenderamata LHDN dan UTMSPACE
  • Taklimat Modul Percukaian dan Sesi Soal Jawab
  • Kuiz dan Penyampaian Saguhati
  • Lawatan  ke Kaunter Khidmat Pelanggan LHDN